Sunday, 30 December 2012

Buta Mata or Buta Hati...


kata orng baik buta mata dari buta hati..
why???

Buta mata hilang warna! buta hati hilang makna dan erti.
Buta mata tak nampak jalan di dunia,
Buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada
[Al-Hajj 22: 46]

Pandangan mata selalu MENIPU,
Pandangan akal selalu TERSALAH,
Pandangan nafsu selalu MELULU,
Pandangan hati itu yang HAKIKI,
Jika hati itu BERSIH...

Antara punca manusia buta mata hati adalah :

1.Melihat sesuatu dan tidak pernah memikirkan apa yang dilihat.
2.Membaca Quran namun tidak memahami isi kandungan Quran.
3.Tidak mahu muhasabah diri.
4.Suka mencari kesalahan orang lain.
5.Solat tidak khusyuk.
6.Menggunakan lidah untuk kejahatan dan maksiat.
7.Suka membuang masa.
8.Beribadat tanpa ilmu.
9.Membaca Quran dengan tajwid yang salah.
10.Tidak mengingati mati.
11.Makan sumber haram.
12.Tidak menghadiri majlis ilmu.
13.Suka hiburan yang melalaikan.
14.Kurang berzikir.
15.Tidak berteman manusia salih.
16.Mengamalkan sifat mazmumah.
17.Menjauhi sifat Mahmudah.
18.Tidak bersyukur dengan rezeki.
19.Hanya bergaul dengan manusia setaraf.
20.Memandang hina manusia yang mempunyai kekurangan.

:)   ^_^

No comments:

Post a Comment